Close

Dewan Rakyat: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi akan dibincang hari ini

2024-10-23 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,23 Oktober - Antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini,isu agenda reformasi institusi,pembaharuan reaktor nuklear dan penyelewengan diesel subsidi di Malaysia.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,isu agenda reformasi institusi dibangkitkan oleh Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.

Aminolhuda ingin tahu prestasi agenda reformasi institusi yang ditekankan oleh Perdana Menteri dalam menerajui Kerajaan Perpaduan dan tarikh lantikan pengerusi institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat melalui lantikan Parlimen.

Pada sesi sama,Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menyatakan rancangan kementerian untuk membina reaktor nuklear baharu dengan teknologi yang lebih baharu dan canggih bagi menggantikan Reaktor Triga Puspati (RTP) yang sudah digunakan sejak 1982.

Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pula bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai tindakan tegas yang diambil bagi membanteras penyelewengan diesel subsidi di Malaysia terutama di negeri bersempadan dengan negara jiran seperti Sarawak,serta langkah proaktif bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan-bahan bersubsidi lain.

Usai sesi soal jawab,persidangan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Disember.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap