Close

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin / Foto RTM

POKOK SENA,20 September – Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Siti Nor Salawati Saad berkata sehingga kini tiada laporan kecurian atau pecah rumah diterima daripada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah tersebut.

"Seramai 12 pegawai kanan dan 70 anggota polis telah ditugaskan untuk membantu operasi menyelamat,memindahkan penduduk,serta melakukan rondaan cegah jenayah dan Sekatan Jalan Raya (SJR) secara berkala di kawasan banjir.

“Rondaan cegah jenayah juga dilakukan menggunakan bot bagi memastikan kediaman mangsa selamat. Mangsa banjir tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa memantau kawasan yang ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau,Derang,di sini pada Khamis.

Siti Nor Salawati turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan yang ditenggelami air serta meminta ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap