Close

Kes demam denggi meningkat pada ME 36

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sebanyak 1,870 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,13 September – Sebanyak 1,870 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 36,iaitu dari 1 hingga 7 September,meningkat berbanding 1,765 kes pada minggu sebelumnya dengan satu kematian direkodkan akibat komplikasi.

Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME 36 adalah 98,442 kes,berbanding 82,485 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Terdapat 89 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 59 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata,bilangan lokaliti ‘hotspot’ yang dilaporkan pada minggu tersebut adalah 53,berkurang daripada 64 pada minggu sebelumnya.

Katanya,daripada 53 lokaliti tersebut,37 terletak di Selangor,enam di Kuala Lumpur dan Putrajaya,empat masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak,serta dua di Kelantan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap