Close

12 nelayan Persatuan Nelayan Kota Bharu terima bantuan peralatan

2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil

KOTA BHARU,12 September - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyampaikan bantuan peralatan penangkapan ikan bernilai RM180,000 kepada 12 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kota Bharu.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata,bantuan itu bagi membantu nelayan meningkatkan pendapatan sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar.

Menurutnya pelaksanaan program bantuan tersebut diteruskan kearah mentransformasikan masyarakat nelayan serta membantu kumpulan sasar khususnya nelayan golongan B40 melalui pemberian peralatan penangkapan ikan.

"Ini adalah satu peruntukan bawah Belanjawan 2024 diumumkan sebanyak RM3 juta dan diagihkan kepada 13 negeri yang mempunyai nelayan dan setiap negeri kita beri peralatan. bawah kerajaan MADANI kita benar-benar laksanakan supaya nelayan mendapat pembelaan sewajarnya," kata Faiz.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 (Touch Point) dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di Persatuan Nelayan Kawasan Kota Bharu.

Dalam majlis itu juga seramai 30 orang nelayan menerima tong fiber dan jaket keselamatan dengan kos keseluruhan RM9,000.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap