Close

Sampel air dan tanah Sungai Pandan diambil

2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon bersama-sama anggota bomba melihat dan melakukan tinjauan di sekitar Sungai Pandan

JOHOR BAHRU,3 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor telah mengambil sampel air dan tanah di Sungai Pandan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian bau kurang menyenangkan dipercayai bau kimia di sekitar Kampung Melayu Pandan,di sini awal pagi tadi.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon memaklumkan,sampel susulan akan turut diambil dengan mendapatkan bantuan daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Melaka.

"Oleh itu,pihak bomba telah menjalankan siasatan awal,mengambil sampel air dan tanah serta telah membuat analisis bagi peringkat awal. Bagi pH normal dan yang kedua menerusi uijan tersebut mendapati ada satu kandungan bahan kimia yang belum dapat dikenal pasti lagi. Yang melebihi pada paras tinggi pakar atau mesin indikator bomba Melaka akan ke sini untuk menjalankan siasatan lebih lanjut," kata Ling Tian Soon,di sini.

Beliau berkata,pasukan teknikal Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor juga akan membawa peralatan bagi mendapatkan bacaan pencemaran serta menjalankan siasatan terhadap kilang-kilang berdekatan sungai.


Susulan kejadian itu sebuah tadika dan sekolah agama di Kampung Melayu Pandan yang berdekatan sungai telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga selain meminta penduduk memakai pelitup muka.


"Saya lihat keadaan sungai air surut tetapi warnanya tidak pernah seumur hidup saya lihat,warna hitam berkeladak berminyak,baunya busuk. Sesiapa yang menghidu dalam tempoh lama akan mengalami rasa kering tekak," kata penduduk Mohd Fauzi Mohamad.

"Baunya memang tak pernah lagi kami alami dalam tempoh 40 tahun di sini. Seperti bau gas bau kimia dan sangat tidak menyenangkan," kata Muhammmad Mizal Abdul Hashim.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap