Close

Pembantu kedai makan dilapor hilang

2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

SEREMBAN,24 Ogos -Seorang pembantu kedai makan gagal dikesan selepas hilang beberapa hari dan tidak pulang ke rumahnya di Gemas.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Amiruddien Sariman dalam satu kenyataan berkata,polis menerima laporan kehilangan lelaki itu yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan kira-kira pukul 4.00 petang semalam.

"Laporan polis dibuat seorang perempuan memberitahu adik lelakinya keluar dari rumah pada 6.00 pagi Rabu lepas di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah,Gemas untuk bekerja.

"Lelaki itu Mohd Farid Zulkafli,36,masih belum pulang hingga semalam dan juga tidak pulang ke rumah ibunya di Felda Serting Hilir,Jempol," katanya.

Beliau berkata mangsa yang tidak mempunyai telefon bimbit dan kenderaan,kali terakhir ditemui majikannya di Taman Sri Rompin,Jempol dan memberitahu ingin pulang ke kampung di Felda Serting Hilir.

Mohd Farid yang mempunyai ketinggian kira-kira 156 sentimeter,berbadan kurus dan berambut pendek hitam,memakai baju T berwarna biru bertulis Barisan Nasional serta berseluar slek hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Rodzi Md Saad di talian 07-9481221 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap