Close

Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, akan terus diperhebat - Fahmi

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 Ogos- Usaha menyemarakkan semangat patriotisme terus diperhebat menerusi program edaran bendera Jalur Gemilang di pasar pagi PPR Kerinchi.

Menteri Komunikasi merangkap ahli parlimen Lembah Pantai,Fahmi Fadzil berkata edaran itu bagi menggalakkan masyarakat memasang dan mengibarkan bendera di premis masing-masing bersempena bulan kebangsaan.

Tambahnya,ia juga selaras hasrat menjayakan inisiatif '1 Rumah 1 Jalur Gemilang'.

"Saya harap warga Lembah Pantai terutamanya serta rakyat Malaysia amnya,akan mengambil kesempatan dalam bulan kebangsaan ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing,di premis pekerjaan,di kedai juga di kenderaan masing-masing."

"Saya percaya dalam seminggu dua yang akan datang,aktiviti mengibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing akan bertambah rancak terutama menjelang 31 Ogos nanti."

"Alhamdulillah,kita lihat sekarang ini banyak bangunan telah mula memperagakan Jalur Gemilang dan kita harap program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang akan dapat mencapai objektifnya,' kata Fahmi kepada pemberita selepas program edaran Jalur Gemilang di Pasar Pagi PPR Kerinchi,pagi tadi.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang mengikut tatacara yang betul.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap