Close

Kajian pertindihan struktur, fungsi kementerian dan agensi sedang dilaksana

2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Lebih 10,000 penjawat awam dari seluruh negara hadir ke Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya

PUTRAJAYA,16 Ogos - Kerajaan sedang melaksanakan kajian pertindihan struktur dan fungsi kementerian dan agensi yang menumpukan kepada dua fokus utama iaitu dalam skop Keusahawanan dan Keselamatan Negara yang dijangka selesai pada Julai 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,perkara itu selaras dengan hasrat Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Sebagai contoh katanya,kerajaan telah berjaya melaksanakan penstrukturan semula melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tanpa implikasi kos.

"Umpamanya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang melibatkan pengambilalihan fungsi agensi berkaitan di pintu masuk negara Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam tidak melibatkan penambahan pegawai tetapi pemindahan mengikut tugas yang baru," kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA),di sini.

Anwar juga meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melakukan audit perjawatan menyeluruh bagi mengenal pasti ketidakseimbangan perjawatan yang mungkin berlaku di seluruh kementerian dan agensi.

Kerajaan juga akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa 1 Januari 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap