Close

Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JBPM Johor

MUAR,9 Ogos- Tiga rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan,Pagoh,Muar,Johor,1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar,Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata,seorang mangsa terselamat dalam insiden itu,dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang rentung terdiri daripada pasangan suami isteri berumur 82 dan 76 tahun,serta cucu perempuan mereka berumur 11 tahun.

Mangsa yang terselamat,remaja perempuan berumur 14 tahun,juga merupakan cucu kepada kedua-dua warga emas itu.

Seramai 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dan Muar,digerakkan ke lokasi,dan kebakaran dipadamkan pukul 4.15 pagi.

Punca kebakaran belum dikenal pasti,dan sedang disiasat.

Mangsa yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar,untuk dibedah siasat,manakala mangsa yang terselamat,telah dirawat di unit kecemasan.

Sementara itu,polis sedang mengesan anak saudara pasangan warga emas itu,Azman Mohamed,berumur 48 tahun,yang tinggal bersama mereka,untuk membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap