Close

Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA,25 Julai - Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.

JPN dalam kenyataan berkata,permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan,pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPN,tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.

“Selepas tempoh ini,status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap