Close

Peranan TEKUN Nasional, talian hayat kepada usahawan yang memerlukan

2024-06-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi TEKUN Nasional,Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

NIBONG TEBAL,28 Jun - Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dalam membantu usahawan informal dan mikro mengembangkan perniagaan dilihat sebagai talian hayat kepada usahawan yang memerlukan.

Ini terbukti apabila agensi terbabit berjaya menjadi pemudah cara kepada lebih 450 usahawan di Sungai Bakap membuat pinjaman pembiayaan untuk modal perniagaan mereka.

Pengerusinya,Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata TEKUN berjaya mengalihkan usahawan kawasan berkenaan daripada membuat pinjaman dengan syarikat kredit yang tidak sah.

Beliau berkata usahawan dibantu secara berterusan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih baik sekali gus menjanjikan pendapatan lumayan.

"TEKUN sudah mempunyai cawangan,cawangan ini akan memantau jika ada keperluan usahawan untuk dibantu akan dimaklumlan ke ibu pejabat untuk memberikan nasihat,taklimat bagaimana perniagaan itu harus dikembangkan dan menjaga kawal selia syarikat.

"Jika usahawan itu tidak mampu bayar katalah RM150,hanya mampu bayar RM50,dia (ibu pejabat) akan berunding dengan cawangan,untuk penjadualan semula mengikut kemampuan sehinggalah usahawan ini berjaya untuk bayar balik jumlah yang telah dipersetujui," katanya ketika ditemui pemberita,di sini.

Tambah Abdullah Sani,tahun ini dengan peruntukan RM600 juta,TEKUN Nasional turut menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 33,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk memeriahkan Karnival TEKUN MADANI Pulau Pinang yang akan dirasmikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,esok.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap