Close

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi parlimen

2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR,26 Jun- Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi memberikan kaedah baharu dalam usaha kerajaan menangani penyalahgunaan dadah akan dibentangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,ia akan dilakukan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.

Pindaan terhadap akta sedia ada itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan penagih menawarkan diri untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela.

"Pindaan kelak juga akan memberi kuasa kepada pegawai pemulihan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap individu yang ingin mendapatkan rawatan dadah secara sukarela. Sebelum ini,hanya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mempunyai kuasa berkenaan.

"Jika pindaan ini diluluskan ia akan memudahkan usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memulihkan golongan penagih tanpa perlu menempuhi banyak kerenah birokrasi dan lebih efektif," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di ibu negara.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok.

Saifuddin berkata kerajaan mempunyai harapan besar untuk melihat individu terlibat dengan dadah dapat dipulihkan,seterusnya memberi sumbangan kepada negara.

Menurut rekod,golongan muda berusia 19 hingga 39 tahun merupakan golongan terbesar terlibat dengan dadah iaitu sekitar 90,000 orang,manakala 40 tahun ke atas sekitar 50,000 orang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap